Tuesday, 12 March 2013

" SABARLAH HATIKU "

" sabar lah hati "
by : Elly Mazlein


           Selama ini, Aku sangat  suka Kamu., betul-betul  sangat
sukakan Kamu , sehingga Aku berimpikanmempunyai rumah tangga
bersama Kamu. tapi, Aku tahu ini cuma angan-angan Aku 
yang tak mungkin tercapai.

          Apabila Aku  mengetahui yang Kamu dah nak berkahwin,
hancurlah harapan Aku, musnah lah impian Aku. kenapa Kamu
begitu kejam??kenapa  Kamu pilih Dia, bukan Aku??

          Biarpun hati masih tak dapat lupakan Kamu...
tetapi,yang patut lepaskan ,Aku akan berusaha lepaskan.
tiada gunanya Aku menggengam Kamu sekuat hatiKu...
kerana, betapa kuat Aku pegang,jika Kamu nak pergi...
Kamu akan pergi juga.

          Aku tahu yang Aku bukan yang terbaik, tidak
sepadan dengan Kamu. Dia sangat sempurna .
sempurna untuk Kamu. Kamu berdua memang secocok
apabila bersama.


          Restuilah, antara Kamu dan Dia.
moga Kamu dan Dia akan sentiasa bahagia, dan
gembira bersama-sama. akan Aku restui Kamu dan Dia
sentiasa bersama sepanjang hayat.
     
         Luka yang Kamu berikan, amat menyakitkan.
Aku cuma mampu menahan kesakitan tu dengan
senyuman di paras muka Aku sahaja. semoga luka
itu akan sembuh dengan sempurnanya.

        Akan tetapi, walaupun luka   itu telah sembuh. sepenuhnya
 tetapi, luka itu telah menjadi parut yang sangat mendalam di
dalam hati Aku. sebagai tanda Kamu pernah melukai Aku.

        Hati ini penuh dengan pilu dan kesedihan.
biarlah parut itu sebagai tanda. tanda Kamu pernah melukai Aku,
agar Aku tahu bahawa betapa peritnya hati ini kerana Kamu.
Kamu telah membuat hati Aku hancur dengan harapan.

       
       Hancurlah impian dan harapan Aku selama ini.
yang teringin nak hidup bersama dengan Kamu.
sekarang, Kamu dah memilki orang lain dalam
hidup Kamu.


            Aku bukan untuk Kamu. meskipun sekarang
masih suka Kamu., betul-betul sangat suka Kamu.
Tetapi, Kamu telah memilih Dia, bukan Aku.
kenapa Kamu buat begitu terhadap Aku??kenapa??

           Terimalah kenyataan, yang Kamu lebih suka Dia
tetapi, bukan Aku. Kamu lebih memerlukan Dia.
tetapi, bukan Aku. Kamu hanya mahukan Dia      tetapi
bukan Aku. Aku langsung tak dapat menandingi Dia dalam
hati Kamu.

        Izinkan Aku berundur diri. walaupun hati masih sakit, tetapi
jikalau tiada perasaan, walaubagaimana  paksa pun, Aku dan
Kamu takkan bahagia. Biarkanlah Aku berundur diri dari percintaan
ini, semoga cinta Kamu dan Dia  akan kekal abadi.

     Kekecewaan  hati Aku  tidak terkata, kepiluan hati Aku siapa
yang tahu. kesedihan ini, cuma dapat dipendam dalam hati Aku.
Aku cuma  mampu menangis didalam hati.

      Undur diri Aku dari percintaan ini bukan bermaksud Aku 
tak suka Kamu. tetapi ini bermaksud Aku sangat mencintai
Kamu dan Aku sanggup melepaskan Kamu agar Kamu dapat
mencari kebahagiaan Kamu sendiri. semoga Kamu gembira
dan bahagia dalam hidup Kamu.


PS: SAYA DOAKAN KAMU DAN DIA BAHAGIA SEPANJANG HIDUP, SEMOGA CINTA    
      ANTARA KAMU DAN DIA AKAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIRAT.






maka ini cuma harapan dan impian yang
dah lama MUSNAH




jika Ia milik kamu,
meskipun kamu lepaskan,
suatu hari, Ia  juga akan balik ke pangkuan Mu.
Tapi, saya tahu yang kamu takkan mungkin 
kembali lagi ke sisi Ku.




                                  Ku akan cuba sekuat hatiKu untuk lupakan Mu.
biarlah Masa menjadi pengubat hatiKu.
lama-kelamaan, nescaya Ku mampu
hidup lebih gembira tanpa Mu.




SELAMAT TINGGAL, CINTA!

No comments:

Post a Comment